YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah menyempurnakan pelancaran Showcase SMJ di Dewan Kinabatangan II, SICC, pada petang Rabu.
Turut mengiringi YAB Ketua Menteri adalah YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan, Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Haji Yakub Khan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, serta YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai,JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Pameran yang berlangsung selama tiga hari ini (28 hingga 30 Mac) telah dibuka kepada orang awam bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
Seramai 28 pempamer terdiri daripada kementerian, jabatan, agensi negeri dan persekutuan, syarikat-syarikat pelabur, serta syarikat minyak dan gas terlibat sepanjang pameran berkenaan.
Lebih menarik apabila pengunjung yang bertandang berpeluang menyaksikan robot pertama milik kerajaan Negeri Sabah dalam acara ‘Meet and Greet Pepper '.
Pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Selain itu, program Career Gig-SMJ pula diadakan di Dewan Kinabatangan III, (SICC), bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Lebih 2,500 jawatan kosong ditawarkan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri.
Lebih 2,500 jawatan kosong ditawarkan oleh majikan dari pelbagai sektor dan industri.
Sehingga hari kedua, tinjauan Urus setia mendapati, orang ramai bersilih ganti mengunjungi pameran serta program Career Gig berkenaan yang merupakan pengisian Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (HTSMJ).