KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor meraikan pengamal media dengan majlis makan tengahari sempena Hari Raya Aidilfitri di Grand Ballroom, Magellan Sutera Hotel, di sini, hari ini.
Majlis anjuran Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu dihadiri oleh kira-kira 200 pengamal media.
Ketua Menteri menzahirkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang hadir memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri bersama media hari ini.
“Saya cukup gembira kerana hari ini ramai pengamal media yang hadir selepas dua tahun tiada majlis seperti ini disebabkan penularan pandemik Covid-19.
“Sungguh, hari ini adalah satu memori yang amat bermakna kepada kita semua. Terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada saya dan Kerajaan Negeri,” kata Hajiji.
Pengarah Media dan Komunikasi JKM, Datin Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, majlis itu selain meraikan Hari Raya Aidilfitri, juga sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media dalam membuat liputan program- program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri terutama sekali yang melibatkan Ketua Menteri.
Katanya, liputan meluas media, sama ada media cetak, elektronik atau portal, berkaitan usaha berterusan kerajaan untuk membawa pembangunan di negeri Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) amat besar maknanya dalam aspek membolehkan rakyat umum mengetahui dan memahami objektif dan pencapaian SMJ.
Katanya, sejurus Hajiji memulakan tugas sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Sabah, beliau bersetuju penjenamaan Pejabat Akhbar dan Penerbitan, JKM kepada Pejabat Media dan Komunikasi selaras dengan tuntutan keperluan semasa agar pejabat itu lebih berpandangan kehadapan (forward looking).
“Pejabat Media dan Komunikasi JKM menjadi focal point dalam mempastikan segala laporan berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dihebahkan bukan sahaja cepat tetapi tepat.
“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan persefahaman yang wujud diantara pengamal media dan Pejabat Media dan Komunikasi selama ini, dan saya berharap ini akan beterusan.
“I have a good team. We have done and will do our best to engage you in the media and to facilitate communications and we are happy media relations has been good.
“Sebagai pemudah cara (facilitator) kepada pengamal dan organisasi media dalam memberi liputan dan publisiti kepada Kerajaan Negeri terutama sekali, Ketua Menteri, pejabat saya sentiasa dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakan- rakan media untuk kebaikan kita bersama”, tambah Lucy.
Hadir sama Pembantu-pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Wetrom Bahanda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguntan Vanar, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Zulkefli Mohd, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, Ketua Pengarang Daily Express, James Sarda, Ketua Pengarang The Borneo Post, Chiu Nai Wen, dan Ketua Biro Bernama, Fadzli Ramli.