Hajiji berkata, walaupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit berjaya mencatat keuntungan tinggi pada tahun lalu namun pihaknya kini mahu menumpukan kepada pasaran tempatan terlebih dahulu.
โSetakat ini, kita belum lagi membuat keputusan untuk meluaskan pasaran ke luar Sabah.
โTumpuan perhatian kita saat ini adalah di dalam negeri kita sendiri.
โSaya amat berbangga kerana Sawit Kinabalu sudah menunjukkan satu pendapatan kemajuan yang begitu baik.
โTahun lalu mereka mencatatkan keuntungan lebih daripada RM300 juta. Oleh itu unjuran yang dimaklumkan kepada saya tahun ini mugkin lebih tinggi,โ katanya.
Hajiji berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Sawit Kinabalu, di sini, malam tadi.
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran rumah terbuka terbabit, Hajiji berharap majlis seumpama itu dapat memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis seumpama itu akibat pandemik Covid-19.
โKita sudah dua tahun tidak dapat mengadakan majlis seumpama ini. Oleh itu, saya melihat sambutan rumah terbuka ini dapat menambahkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
โMajlis seperti ini adalah suatu amalan yang cukup baik untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim, bukan sahaja dalam kalangan kakitangan Kumpulan Sawit Kinabalu tetapi orang awam yang hadir,โ katanya.






Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah



