Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri

Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri tanpa disedari kita telah berada di penghujung Syawal. Pasti ramai yang sedang sibuk menerima undangan hari terbuka mahupun menyantuni tetamu tatkala menjadi hos rumah terbuka hari raya.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga tidak ketinggalan menyantuni keluarga penjawat awam dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu pada Rabu lepas.

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah diiringi YAB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Dianggarkan seramai lebih 1,000 tetamu hadir terdiri daripada penjawat awam dari pelbagai agensi, jabatan, mahupun kementerian yang berpusat di Menara Kinabalu. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian serta hidangan pelbagai aneka juadah lauk dan kuih-muih untuk dijamah oleh tetamu yang hadir.

Turut hadir, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Datuk Jafry bin Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Haji Yakubah Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sarul Bahiyah, Setiausaha Persekutuan Sabah, serta YBrs. Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) mewakili Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps