Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Sabah warta Kg Beringgis, Kg Kawang sebagai rizab

Papar – Kerajaan Sabah telah mewartakan kawasan seluas 129.04 hektar di sini sebagai tanah rizab kampung bagi Kampung Beringgis dan Kampung Kawang dekat sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan surat warta itu kepada Pegawai Daerah Hadzlan Jabli, dan di bawah warta bertarikh 12 Mei, 48.10 hektar telah diwartakan sebagai rizab kampung untuk Kampung Beringgis manakala 80.937 hektar untuk Kampung Kawang.

Majlis penyampaian surat warta itu berlangsung di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, yang juga Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pengalat Besar hari ini.

Ketua Menteri turut menyampaikan cek bernilai RM600,000 kepada pengetua SM St Joseph Papar, Jenith Mahibol untuk pembinaan bangunan baharu sekolah, serta RM2 juta kepada ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim untuk pembinaan dewan masyarakat baharu, kedua-duanya sumbangan kerajaan negeri. – Bernama

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps