Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Bengkel Penyelarasan Libat Urus Inter Agensi Pengurusan Aduan di Sabah

Kota Kinabalu, SICC - Bengkel Penyelarasan Libat Urus Inter Agensi Pengurusan Aduan di Sabah telah dirasmikan oleh Tuan Izani Othman, Pengarah MCMC Negeri Sabah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, pengarah memaklumkan objektif Libat Urus ini diadakan adalah sebagai platform membincang dan membentuk persefahaman di antara agensi persekutuan dan negeri yang bertindak sebagai agensi pengurusan aduan awam di negeri Sabah khususnya berhubung aduan salah laku di media sosial, jual beli atas talian, jenayah siber dan lain-lain aduan.

Puan Shariffah Aznoor Jap, Ketua Unit Pengurusan Aduan telah menyampaikan Sesi Perkongsian bertajuk Transformasi Pengurusan Aduan dan pengenalan berhubung Sistem i-Adu.

Hadir sama dalam bengkel ini adalah Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Encik Mohd Asril Sharil, Puan Siti Fairuz Ag Mohd Hussin dan Encik Mohd Fauzee Harith.

Antara jabatan yang turut menyampaikan perkongsian ialah Jabatan Perlindungan Pengguna, Ibu Pejabat MCMC, Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, dan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup. 
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps