Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Program Penutupan Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri

Kota Kinabalu – Program Penutupan Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri.

Program Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri telah diadakan pada 24 Jun (sabtu) lepas. Bertempat di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, program ini dihadiri seramai 10 orang kakitangan dari Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat SKN.

Objektif program Minggu Integriti diadakan ialah untuk, memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan dan berterusan.

Meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan penjawat awam negeri di samping memperkukuh komitmen dan kerjasama sektor awam dalam meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program-program pengukuhan integriti.

Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pembangunan) merangkap Pengerusi Majlis Pelancaran Minggu Integriti, Jabatan Ketua Menteri dan YBhg. Datuk Noorliza binti Awang Alip, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps