Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Majlis Pelancaran Antirasuah Kumpulan SEDCO (PARKS) 2023 – 2025

Kota Kinabalu – Majlis Pelancaran Antirasuah Kumpulan SEDCO (PARKS) 2023 – 2025.

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghadiri Majlis Pelancaran Antirasuah Kumpulan SEDCO (PARKS) 2023 – 2025 pada 21 Jun lalu.

Majlis Pelancaran Antirasuah telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Adam Valentine, Timbalan SUT Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan bersama YBhg. Dato' Seri Dr. Arsit Sedi, Timbalan Pengerusi SEDCO.

Matlamat PARKS melahirkan Warga kerja SEDCO dan Syarikat Subsidiari yang responsif dan berintegriti bagi memastikan tadbir urus bebas dari amalan rasuah. Hadir sama Timbalan Pengarah SPRM Sabah, Encik Mohd Fauzee Mohd Harith, Penolong Pegawai Tadbir I, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat SKN serta warga kerja SEDCO.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps