Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Program OUTREACH Menyantuni Pelanggan dan Bengkel Pengukuhan Sistem I-Adu Kerajaan Negeri Sabah di Daerah Papar

Kota Kinabalu – Progrram OUTREACH Menyantuni Pelanggan dan Bengkel Pengukuhan Sistem I-Adu Kerajaan Negeri Sabah.

Program OUTREACH Menyantuni Pelanggan dan Bengkel Pengukuhan Sistem i-Adu Kerajaan Negeri Sabah bersama Unit Pengurusan Aduan, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah bertempat di daerah papar pada 7 hingga 8 Julai 2023 lalu.

Program ini diketuai oleh Puan Shariffah Aznoor Jap, Penolong Setiausaha Kanan II, BIGoNS PSKN. Hari pertama, latihan akan diberikan kepada pegawai pentadbir Sistem i-Adu dengan mengadakan Bengkel Pengukuhan Sistem i-Adu bersama agensi-agensi yang terdapat disetiap daerah tersebut bertujuan untuk memastikan setiap pegawai pentadbir aduan di daerah memahami tatacara pengunaan Sistem i-Adu serta menguatkuasakan pelaksanaan Sistem i-Adu disetiap agensi Kerajaan Negeri Sabah.

Hari kedua, Program Outreach: Menyantuni Pelanggan dilaksanakan dengan membuka kaunter aduan sebagai salah satu (1) platform masyarakat setempat untuk mengenali fungsi serta peranan agensi yang terlibat dalam membantu menyalurkan aduan dan permasalah yang dihadapi oleh orang awam di peringkat lapangan.

Agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam program ini adalah Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi Kerajaan Persekutuan seperti Biro Pengaduan Awam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan diundang untuk turut serta membuka kaunter aduan.

Hadir sama, Mohd Jamri bin Ag Damit, Penolong Setiausaha Kanan I, BIGoNS PSKN, Puan Siti Fairuz binti Ag. Mohd Hussien, Pegawai Tadbir serta rakan-rakan dari BIGoNS PSKN.
 
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps