Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Mesyuarat Penyelarasan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Siri 36 Bil 3/2023

Kota Kinabalu – Mesyuarat Penyelarasan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Siri 36 Bil 3/2023.

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Siri 36 Bil.3/2023 (Suk Sabah) bersama pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Aras 28, Menara Kinabalu pada 4 Julai 2023 (Selasa).

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) Siri 36 BIL.3/2023 Kerajaan Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 24 Julai 2023.

Selain itu, antara perkara yang ingin dibincangkan adalah mengenai lokasi tempat kursus, keperluan logistik, urusan perbelanjaan dan kewangan serta pengisian modul program dan atur cara program.

Mesyuarat tersebut melibatkan pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang dihadiri oleh Tuan Erfieza bin Mujeini, Penolong Pesuruhjaya, Tuan Mohd Sukri bin Mohd, Penguasa Kanan, berserta dua (2) pegawai yang terlibat secara hibrid semasa mesyuarat tersebut. Manakala, BIGoNS dihadiri oleh Puan Dayang Noorashikhin binti Zulkefli, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berserta tiga (3) pegawai BIGoNS.
 
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps