Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Program Kesedaran Tatatertib Majlis Daerah Tuaran siri 1

Tuaran - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diundang sebagai penceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib Tahun 2024 siri 1.

Bahagian Integriti Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diundang sebagai penceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib Tahun 2024 siri 1 anjuran bersama Majlis Daerah Tuaran. Program ini telah dilaksanakan pada 14 Februari 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran.

Ceramah sesi 1: “Integriti dalam Perkhidmatan” dan ceramah sesi 2: “Aku Janji dan Tatatertib dalam Perkhidmatan” telah disampaikan oleh pegawai BIGoNS iaitu Encik Mohd Jamri bin Awang Damit, Penolong Setiausaha Kanan I dan dibantu oleh fasilitator program iaitu Encik Muzaffar bin Mohammed Yussof, Penolong Setiausaha II yang mengendalikan sesi Q&A dan refleksi. Manakala ceramah sesi 3: “Penyalahgunaan Dadah : Tindakan dan Kesan Terhadap Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh Puan Helmy Clare Freddy, Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tuaran.

Turut hadir merasmikan program ialah Encik Jamlin bin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps