Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Program Kesedaran Tatatertib Majlis Daerah Papar siri 2

Putatan - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri diundang sebagai penceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib siri 2 tahun 2024.

Bahagian Integriti Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diundang untuk menyampaikan ceramah sempena Program Kesedaran Tatatertib Tahun 2024 siri 2 anjuran bersama Majlis Daerah Papar. Program ini telah dilaksanakan pada 27 Februari 2024 (Selasa) bertempat di Pan Borneo Hotel, Putatan.

Ceramah sesi 1: “Integriti dalam Perkhidmatan” dan ceramah sesi 2: “Aku Janji dan Tatatertib dalam Perkhidmatan” telah disampaikan oleh pegawai BIGoNS iaitu Encik Mohd Jamri bin Awang Damit, Penolong Setiausaha Kanan I dan dibantu oleh fasilitator program iaitu Encik Muzaffar bin Mohammed Yussof, Penolong Setiausaha II yang mengendalikan sesi Q&A dan refleksi. Manakala ceramah sesi 3: “Penyalahgunaan Dadah : Tindakan dan Kesan Terhadap Perkhidmatan Awam” telah disampaikan oleh Encik Yusley bin Mining, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan dan Publisiti Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Beaufort.

Turut hadir merasmikan program ialah Encik Ahmad Jaludin bin Abd. Karim, Pegawai Eksekutif Majlis DaerahPapar.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps