Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Menyerahan hadiah pemenang Kuiz Kahoot sempena Webinar Integriti

Kota Kinabalu - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Kuiz Kahoot sempena Webinar Integriti "Mana Janji Manismu".

Pada 5 dan 11 Mac 2024 yang lalu, Bahagian Integrtiti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah ke Jabatan Air Daerah Sipitang, Jabatan Pertanian Sabah dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang Kuiz Kahoot Webinar Integriti: “Mana Janji Manismu?” sempena Bulan Integriti yang telah diadakan pada 16 November 2023 yang lalu.

Pemenang Kuiz Kahoot Webinar Integriti: “Mana Janji Manismu?” adalah seperti berikut:

1) Tempat Pertama : Encik Duraman bin Borhan @Abd Rahman (Jabatan Air Daerah Sipitang)
2) Tempat Kedua: Puan Nur Afiqah binti Jainal @Zainal (Jabatan Pertanian Sabah)
3) Tempat Ketiga: Encik Ak Abd Izat bin Abd Mutalip (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah)

BIGoNS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pemenang. Semoga dengan penganjuran pertandingan ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman semua berkenaan dengan Aku Janji yang perlu dipatuhi oleh seluruh warga Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps