Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Mesyuarat Minggu Integriti Kementerian (MIK) Bilangan 1 tahun 2024

Kota Kinabalu - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Minggu Integriti Kementerian (MIK) Bilangan 1 tahun 2024.

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat pelaksanaan Minggu Integriti Kementerian (MIK) bagi tahun 2024 bertempat di bilik mesyuarat utama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, aras 28, blok A pada 25 mac 2024 lalu.

Mesyuarat MIK dipengerusi oleh Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, YBrs. Puan Samsakiah Jamil. Seterusnya, Sesi pembentangan modul minggu Integriti Kementerian (MIK) telah disampaikan oleh pihak urus setia BIGoNS PSKN.

Hadir sama, Ketua unit pengukuhan integriti dan tadbir urus, Encik Mohd Asril bin Sharil serta pegawai-pegawai dari, KPPIM, KKTP, KKR, MOF, KPLB, KEPKAS, KPPK, KSTI, KPMKR, KBS, P.TSK, TSKN (A), TSKN (D) dan TSKN (Tugas-tugas khas).
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps