Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Inisiatif Governans, Integriti dan Antirasuah (GIA)

Kerajaan Negeri Sabah

Kunjungan Hormat BPA Sabah ke BIGoNS PSKN

Kota Kinabalu - Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menerima kunjungan hormat daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah.

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS), Pehabat Setiausaha Kerajaan Negeri sabah telah menerima kunjungan hormat daripada Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 15 Mei 2024 lalu.

Sesi ini diketuai oleh YBrs. Samsakiah Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan ruang dan peluang bagi menjalinkan kerjasama antara Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah dengan Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) dalam pengendalian aduan orang ramai. 

Hadir sama, YBrs. Muhammad pauzi bin jhumat, Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah, Pegawai-Pegawai Biro Pengaduan Awam (BPA) Sabah serta Pegawai-pegawai Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps