Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah telah menganjurkan “Program Santai Integriti Takluk:Lahad Datu” bertempat di GSC Suria Sabah Mall pada 24 ogos 2024 yang lalu.
Ucapan alu-aluan sebagai pembukaan program daripada Ybrs. Puan Samsakiah Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Program ini bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan para anggota keselamatan yang terkorban demi mempertahankan tanah air yang tercinta.
Hadir sama, YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, YBhg. Datuk TPJ. Karunanity a/l Y. Subbiah, Pengarah SPRM Cawangan Sabah, Pegawai-Pegawai wakil Kementerian Sabah, Pegawai Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Pegawai-Pegawai agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri, Pegawai-Pegawai Bertauliah (CeIO) Negeri Sabah serta warga Bahagian Integeri dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.