Dalam gerak kerja turun padang ini, beliau telah mengikuti sendiri raptai majlis pelancaran utama yang diadakan di Dewan Sipadan II dan III, SICC dan turut melawat semua booth-booth pameran yang telah diatur letak di aras 2 lokasi penganjuran.
Beliau yang pada masa tersebut juga telah bersama-sama dengan pasukan urusetia penganjur memastikan persediaan untuk sambutan setahun hala tuju Sabah Maju Jaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah meninggalkan lokasi penganjuran kira-kira 1 pagi.